Friday, May 7, 2010

Kesihatan Diri & Minda






Semua di antara kita pasti akan sependapat jika saya mengatakan bahwa kita semua mempunyai keinginan yang sama dalam hidup kita ini iaitu ingin mencapai kejayaan yang setinggi-tingginya.

Setiap orang memiliki keinginan agar lebih cerdas, lebih pandai, mempunyai daya fikir, ingatan, daya kefahaman yang kuat, memiliki kemampuan dan potensi yang mebanggakan, kreatif dan imajinasi.Kita semua berharap memiliki semua itu tetapi kita tidak mengetahui bagaimana cara memperolehinya.
Menjadi Diri Yang Hebat:
Intelegence, intelektual dan kecerdasan spiritual (ESQ). Untuk menjadi individu yang hebat seseorang tidak hanya perlu memilki kecerdasan intelektual dan emosi, tetapi memerlukan kecerdasan spiritual. Kecerdasan spiritual itu merupakan kemampuan seseorang untuk menyelaraskan hati dan budi pekerti sehingga mampu menjadi seorang yang berkarektor dan berwatak positif.
Kecerdasan Spiritual:
Kecerdasan spiritual sangat penting kerana mempengaruhi sikap seseorang pada dirinya sendiri dan orang lain. Oleh kerana itu, seseorang yang hebat mesti mampu melihat sesuatu di sebalik empirik sehingga mampu mencapai makna dan hakikat tentang manusia. Dengan yang demikian, kemanusiaan seseorang manusia itu dapat dihargai.

Perkara utama dalam kecerdasan spiritual adalah pengenalan kesejatian diri manusia itu sendiri. Spiritual itu memandu manusia pada pencarian hakikat kemanusiaannya. Hakikat manusia itu dapat ditemui dalam pertemuan manusia dengan Allah s.w.t. (pada keadaan extase atau wajd).



Kecerdasan Politik:




Kecerdasan politik amat penting di zaman moden, di mana persaingan semakin rumit dan pelbagai. Lebih mudah bagi kita untuk menghadapi musuh yang muncul secara terang-terangan, namun sebaliknya jauh lebih sukar mengahadapi musuh 'dalam selimut'. Kecerdasan politik berperanan penting kerana setiap orang menghadapi konflik politik setiap hari dalam kehidupannya.

Politik terdapat dalam masalah rumah tangga, persaingan anda adik-beradik, kehidupan berjiran, di pejabat dan sebagainya. Politik bukan hanya dalam urusan pentadbiran negara tetapi ianya melibatkan setiap kegiatan di antara manusia dan juga dalam organisasi.

Politik memainkan peranan penting dalam kegiatan bisnes dan di pejabat. Kegiatan politik tercela akan mengakibatkan munculnya penyalahgunaan kuasa, negosiasi yang kronik, membantutkan kreativiti, hancurnya kewibawaan, fitnah, pengkhianatan, pembohongan dan kecurangan.

Dan masih banyak kegiatan politik negatif lain yang mana intipatinya menunjukkan kepekaan, naluri dan pengetahuan tentang politik pejabat akan membantu meningkatkan prestasi kita kerana dapat melayani dengan baik permainan licik tersebut.


Kecerdasan Pelbagai Jenis:




Mengikut pandangan tradisional, kecerdasan seseorang telah ditetapkan saat dilahirkan dan meliputi 3 bidang iaitu:

bahasa
matematik
visual

Dr H Gardner yang membuat kajian tentang teori kognitif di Harvard University telah memperkenalkan satu model kecerdasan yang pelbagai jenis. Mengikut model Gardner, kecerdasan ini boleh dibahagikan 9 jenis iaitu:

Verval - Linguistic
Logical - Mathematical
Musical - Rhythm
Visual -Spatial
Bodily - Kinesthetic
Interpersonal
Intrapersonal
Naturalistic
Ethical - Spiritual



























Kecerdasan Otak:


Dengan kecerdasan otak, manusia diciptakan Allah s.w.t. untuk mampu mengurus diri, persekitaran dan dunianya. Manusia dapat berperanan mulia bagaikan malaikat namun boleh juga terdampar hina bagaikan binatang. Semua itu terjadi kerana peranan otak. Oleh kerana itu, tidak dapat disangkal lagi, otak adalah merupakan senjata dan bekalan yang paling berharga yang dikurnia oleh Allah kepada manusia.

Maka sudah sepatutnya apabila manusia mensyukuri kurnia Allah s.w.t. tersebut dengan cara mempergunakannya dengan betul dan seoptima mungkin. Sepertimana pisau, otak adalah peranti tubuh (hardware) yang statik dan pasif. Ia hanya akan tajam dan aktif apabila digunakan dan diasah sebaik mungkin. Sebaliknya bila ia hanya dibiarkan terlantar tanpa perawatan dan latihan yang memadai, maka ia akhirnya berlumutan dan berkarat.




Fungsi dan kemampuan otak akan menjadi (jumud) beku dan bergerak ke belakang disebabkan 3 perkara:
-sikap tidak mahu ambil tahu
-kemalasan
-faktor usia

Pada dimensi itulah terapi ini berfungsi untuk menaikkan semangat dan sedar diri dan dapat mengatasi sikap malas dan apatis yang kerap muncul mengganggu kehidupan manusia. Boleh dikatakan, inilah salah satu usaha pencegahan sebelum kudrat alam bernama 'usia dan kematian' datang menjemput kita.

Maka adalah amat perlu dilakukan suatu kaedah khusus agar dapat melatih dan meningkatkan kecerdasan secara alamiah mahu pun secara spiritual.



Enam Titik Kecerdasan:

1. Eksekutif - sosial

Dijelaskan di sini bagaimana kaitan antara DHEA, suatu hormon yang dihasilkan oleh adrenalin dan primate dapat membuat manusia merasa muda kembali, kita juga diajak mengetahui fisik otak, ragam temperamen dan pola kesedaran manusia, hingga kepada kemampuan membaca karektor orang melalui ekspresi muka.



2. Ingatan

Terapi dan latihan untuk menguatkan ingatan (memori), pengaruh usia, kesan dan risiko menopause, hingga cara mengatasi masalah alzheimer (nyanyuk).



3. Emosi

Pengendalian emosi dari pemetaan tentang ilusi, komunikasi verbal dan nonverbal hingga kepada mengatasi masalah stress dan depresi yang sering menimpa mnusia di era moden ini. Penemuan unik dalam hal ini adalah bahawa tertawa adalah alat yang paling murah dan menyihatkan seseorang. Oleh kerana itu, ceriakanlah selalu hati anda dalam menghadapi segala problem hidup.



4.Bahasa

Faktor bahasa merupakan elemen penting dari kedinamikan otak manusia sepanjang hayat. Kurniaan sepasang otak kanan dan kiri yang diberikan kepada manusia membolehkannya untuk mengolah kecerdasan semenjak ia masih bayi hingga lanjut usia. Pendidikan dalam segala aspeknya menurut konsep ini adalah hal yang tidak boleh dinafikan kewujudannya.


5. Mathematical




Sukar untuk disangkal, manusia merupakan makhluk istimewa dan pelbagai. Dari kemampuan matematik mereka akhirnya boleh diteliti dan ditemukan teori kecerdasan yang memungkinkan seseorang untuk dicap "genius", "standard" atau "idiot".

6. "Spatial"

Aspek ini membuktikan bagaimana kinerji otak berhubungan erat dengan gen dan kemampuan visual seseorang. orang yang mampu melihat dan mampu memanfaatkan potensi penglihatannaya, jelas akan berbeza kinerji dan kadar fungsional otaknya jika dibandingkan dengan mereka yang tidak mampu melihat (buta).

No comments:

Post a Comment